Thursday, March 25, 2010

Novel Papa- Sinopsis

ULASAN NOVEL PAPA – Akhirnya Kau Tewas Juga

Bab 1

Ketika minum petang, Mak Cik Noraini melayan Julia sambil memerhatikan kepulangan papa Julia yang membawa kacang panjang yang dipetik dari kebunnya. Papa terus mendapatkan mama yang sedang menunggunya sambil berbual dengan penuh mesra. Sambil berseloroh papa meminta mama untuk memasakkan lauk kegemarannya. Julia hanya memerhatikan gelagat kedua-dua orang tuanya yang sempat bergurau senda. Sesekali Julia yang sudah menjadi anak dara berasa segan melihat telatah mereka yang sangat mesra dan tidak pernah berenggang. Tetapi, Mak Cik Noraini sekadar tersenyum dan dipercayai banyak menyimpan rahsia tentang kedua-dua insan tersebut.


Bab 2

Beberapa minggu kemudiannya, Julia pulang dari sekolah sendirian sambil merungut tanpa mama. Mak Cik Noraini melayan Julia dengan menghidangkannya bubur jagung yang mengembalikan pertemuan papa dan mamanya. Tiba-tiba Julia teringat kembali peristiwa jari mama yang terluka akibat terhiris pisau dan terpaksa dibawa ke klinik. Papa sangat mengambil berat terhadap mama dan masih bergurau senda dengan mama untuk meringankan kesakitan yang ditanggung mama. Lamunannya terhenti apabila ditegur oleh Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini sempat juga mengimbau kembali kisah silam papa dan mama Julia. Sedang Julia dan Mak Cik rancak berborak, mama dan papa balik sambil masing-masing tersenyum antara satu sama lain. Secara tiba-tiba, papa memberitahu berita gembira kepada Julia bahawa dia akan dapat seorang adik. Julia terlalu gembira walaupun Mak Cik Noraini tidak berapa senang dengan berita tersebut kerana risau akan keadaan mama yang pernah mengalami komplikasi ketika melahirkan Julia dahulu. Tetapi, bagi mama dan papa mereka sudah bersedia untuk menerima segala ketentuan Ilahi kelak.


Bab 3

Petang itu, Julia terdengar perbualan Mak Cik Noraini yang mengingatkan mama tentang peristiwa ketika melahirkan Julia 16 tahun yang lalu yang menyebabkan mama kehilangan darah yang banyak dan tidak sedarkan diri. Mama serba salah dan tidak sanggup menolak untuk memenuhi hasrat suaminya yang ingin akan zuriat walaupun menyedari risiko yang bakal dihadapinya. Perbualan mama dan Mak Cik Noraini terhenti sebaik sahaja papa pulang, manakala Julia pula berhenti daripada memerhatikan gelagat kedua-dua orang wanita di dapur sebentar tadi, lalu merahsiakan apa-apa yang didengar daripada pengetahuan papanya. Julia menyambut kepulangan papa dan mengajaknya bermain tenis pada petang itu. Ketika Julia dan papanya bermain tenis, mereka didatangi oleh Aisyah, bekas pelajar di kolej tempat papa mengajar dan mereka berbual-bual sambil minum di kantin. Julia berasa kurang senang apabila papanya berborak terlalu lama dengan Aisyah, lantas dia mengajak papa untuk pulang.



Bab 4

Julia pergi ke sekolah seperti biasa. Beliau minta maaf atas kelewatan keluar dari kelas kerana terpaksa mengambil nota yang dipinjam kepada rakannya. Cikgu Suzie menumpang kereta Ibu untuk ke Seksyen 14. Kereta beliau rosak dan ada di bengkel di seksyen 14. Dalam perjalanan mereka pulang, cikgu Suzie sempat berhujjah berkaitan risiko yang akan dialami oleh Cikgu Maliana. Walau bagaimanapun Cikgu Maliana mengatakan beliau akur dengan kehendak suaminya yang mahukan zuriat. Beliau berserah kepada Illahi tentang nasib yang mungkin boleh menimpa dirinya.

Soalan Pemahaman

1. Mengapakah Julia terlambat untuk smpai ke kereta mamanya?
2. Siapakah yang menumpang kereta mama tengahari itu?
3. Apakah perbincangan dua orang perempuan itu?
4. Pada pendapat kamu, wajarkah cikgu Suzy campur tangan dalam hal peribadi Cikgu Marlia?

Bab 5

Suasana di rumah, mama dan papa duduk berbual sambil minum teh. Papa memberi perangsang dan keyakinan kepada mama untuk menghadapi saat melahirkan bayi mereka nanti. Suasana romantis antara papa dengan mama menimbulkan sedikit perasaan cemburu kepada Ju. Di dapur Ju cuba mendapat kepastian masalah mama sewaktu melahirkan Julia 16 tahun dahulu daripada Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini memberitahu Julia bahawa sewaktu beliau dilahirkan, dia hanya sebesar anak kucing, kerana dianggap ”premature baby”.

Soalan Pemahaman

1. Mengapa mama berasa gementar untuk bersalin pada kali ini?
2. Apakah tindakan papa untuk mententeramkan mama?
3. Apakah pengalaman yang telah dilalui mama sewaktu melahirkan Julia 16 tahun dahulu?
4. Nyatakan 3 nilai murni yang ada pada pasangan papa dan mama dalam bab ini.
     a. Baik hati dan sangat mengasihi mama.
     b. Membantu mama yang sedang runsing


Bab 6

Babak ini menceritakan papa terus menerima godaan daripada seorang gadis cantik. Walau bagaimanapun papa tahu batas untuk berhubung dengan pelajarnya ini. Papa menjelaskan bahawa pelajar itu sekarang berada dalam tahun akhir. Pada tahun hadapan, pelajar itu akan tamat pengajian. Julia cuba menduga perasaan papanya terhadap gadis berkenaan dengan mengajukan beberapa soalan. Walau bagaimanapun papa menjelaskan bahawa dia tersangat sayangkan mama dan tidak sanggup menduakannya. Papa faham perasaan orang perempuan yang tidak suka suaminya berkahwin lain.

Soalan Pemahaman

1. Siapakah gadis cantik yang cuba menggoda papa?
2. Apakah tindakan papa apabila menerima godaan ini?
3. Mengapa Julia menggalakkan papanya untuk berkahwin dengan gadis berkenaan?
4. Nyatakan nilai murni pada watak papa dan Julia.
    a. Papa –
    b. Julia –

Bab 7

Ju telah berada di tingkatan 5 pada tahun berikutnya. Mama masih belum bersalin tetapi perut mama semakin membesar. Papa semakin gembira untuk menyambut kedatangan ahli keluarga yang baru. Banyak persediaan yang dibuat papa seperti menyediakan peralatan bayi. Mak Cik Noraini kurang senang dengan persediaan papa kerana sudah banyak kejadian-kejadian tak elok berlaku. Sedang Julia sibuk membuat ulangkaji pelajarannya, papa memanggil cemas Mak Cik Noraini. Sudah sampai masanya Mama hendak bersalin. Mereka segera bertolak ke hospital. Papa menghantar mama untuk bersalin di Hospital Universiti Kebangsaan kerana di sana ramai doktor pakar. Sebelum mama masuk ke bilik bersalin, mama sempat berpesan jika berlaku sesuatu yang tidak baik, maka redakanlah beliau pergi. Mama sempat meminta ampun daripada papa.

Soalan Pemahaman

1. Apakah perasaan papa apabila tarikh mama untuk bersalin semakin hampir?
2. Apakah persediaan yang telah dibuat oleh papa untuk menyambut kedatangan ahli keluarga yang baru?
3. Mengapakah Mak Cik Noraini kurang senang melihat kelakuan papa?
4. Nyatakan 3 nilai murni yang ada dalam Bab ini.
5. Nyatakan perwatakan papa pada masa itu.

Bab 8

Julia, papa dan Mak Cik Noraini menunggu mama untuk bersalin di hospital. Doktor memaklumkan bahawa mama telah melahirkan dua orang anak kembar siam, tetapi tak sempat untuk diselamatkan. Mama telah banyak kehilangan darah dan jatuh pengsan (koma). Papa terlalu sedih dan begitu juga Mak Cik Noraini. Papa, Julia dan Mak Cik Noraini telah mengkebumikan mayat adik kembar Julia di tanah perkuburan yang berhampiran rumah mereka. Berita sedih ini telah dimaklumkan kepada Universiti di mana papa bertugas dan juga sekolah tempat mama mengajar. Satu rombongan daripada kawan-kawan dating menziarahi mereka yang malang ini.


Soalan Pemahaman

1. Nyatakan perasaan papa dan Julia sewaktu menunggu mama bersalin di hospital.
2. Mengapa papa begitu risau menunggu kelahiran bayinya yang kedua ini?
3. Jika kamu berada di tempat Julia, apakah tindakan yang boleh anda ambil untuk mententeramkan keadaan?
4. Nyatakan 3 nilai murni yang ada pada watak Julia dalam Bab ini.

18 comments:

  1. novel........eemmmmmmm.............knp?????????????

    ReplyDelete
  2. tp......sy dgr pljr sklh suka baca

    ReplyDelete
  3. novel nie mmg best larh...i suka baca..mula2 i mmg tak dak minat sangat larh ..tapi oleh kerana dipaksa oleh cikgu..so semakin lama i dah mula suka novel ni......eh,panjang plak i ckp..shy

    ReplyDelete
  4. hmmm.. thanks coz sudi berkongsi ilmu... jika tidak keberatan.., cikgu post la sinopsis novel interlok tingkatan 5..., boleh la saya buat preparation untok msok form 5... tq.. ;)

    ReplyDelete
  5. Inilah Orang Melayu...buat kerja sampai bab 8...tak habis pun,Bodoh siol

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. for Anonymous At January 8,2011 8:26 PM..

    at least ade.. ko bley buad ke??

    ReplyDelete
  8. bab 8.
    ayat terakhir ada kesalahan...
    dating??? datang kan??

    ReplyDelete
  9. agk pnjng sinopsis2 ni..kalau bole dringkaskn skit spaya mdh untuk dfahami...

    ReplyDelete
  10. salam...tahu tk nk cari persoalan n nilai murni novel papa?

    ReplyDelete
  11. Thanks and that i have a swell provide: How To Properly Renovate A House home renovation burnaby

    ReplyDelete