Monday, February 7, 2011

Cerpen Ibu dan Ceper


Cerpen Ibu dan Ceper

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan kehidupan seorang ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berliku-liku, samalah seperti kehidupan ibu yang yang berliku-liku penuh dengan onak dan ranjau.  Beliau sentiasa aktif dan gigih melakukan aktiviti bersawah untuk menyara kehidupan keluarganya. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas.

Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung(sejenis tumbuhan renek) kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini adalah gambaran  keadaan 40 tahun yang lalu, iaitu semasa ”aku” masih anak teruna dan ibu masih muda.

Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu.

Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini.

Tema

Kegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupan
Ibu gigih mencari rezeki dan banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi sebagai sumber air kepada tanaman.

Persoalan

1. Persoalan kepentingan air dalam kehidupan.
Air Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya.

2. Persoalan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.
Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah sedangkan sungai ini semakin cetek dan tidak berdaya membawa sampah yang ada di dalamnya

3. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam.
Kasih sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya.


Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Ibu

1. Cekap bekerja.
Ibu boleh melakukan sesuatu kerja dengan cepat bermula selepas Subuh sehingga hampir Maghrib, malah ibu melakukan hampir semua jenis kerja.
2. Rajin .
Ibu rajin membuat pelbagai kerja menggunakan tulang empat keratnya, tanpa bantuan suaminya yang menjadi kaki burung.
3. Bermasyarakat.
Walaupun ibu sibuk bekerja, dia tidak lupa untuk menghadiri kenduri-kendara di kampungnya dan menziarahi orang yang meninggal dunia.
4. Kuat semangat.
Walaupun Sungai Ceper telah memusnahkan padinya akibat banjir namun ibu tidak berputus asa untuk mengusahakan sawahnya semula.
5. Bertanggungjawab
Ibu sangat bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya.  Walau pun bersuami, tetapi banyak tuga untuk menyara keluarganya terletak pada bahunya.  Suaminya banyak menghabiskan masa memikat burung.

Watak Sampingan

Aku

1. Anak tunggal dalam keluarga.
2. Mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pesawah.
3. Sudah berumah tangga .
4. Penyayang.
Aku merupakan seorang anak yang penyayang kerana masih mengingati pengorbanan ibunya walaupun telah 40 tahun berlalu.
5. Bertanggungjawab.
Aku bertanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh dan ayahnya yang tua.

Latar

Latar Tempat

Sungai Ceper

1. Panjang, berliku-liku, jernih, pasir-pasir berbiji halus dan kelikirnya berkilat.
2. Sumber air bagi kehidupan di sekelilingnya.
3. Tercemar kerana menjadi tempat pembuangan sampah sarap.

Latar Masa

1. Masa kini - Aku telah tua, ada anak yang telah besar dan telah bercucu.
2. 10 tahun yang lalu setelah ibu jatuh, lumpuh dan meninggal dunia-ibu sudah tidak
dapat bergerak lagi dan kerja-kerja di sawah diteruskan oleh aku dan isteri.
3. 40 tahun yang lalu - Ketika ibu masih muda dan aku masih teruna.
4. Siang - sewaktu ibu turun mengerjakan sawah padinya.
5. Malam - gambaran tentang Sungai Ceper yang tetap cergas.

Latar Tempat

1. Di sebuah desa - tempat tinggal ibu, aku dan ayah.
2. Kawasan sawah padi - tempat ibu dan orang kampung bekerja.
3. Sebatang sungai - tempat anak-anak kampung merangau ikan.
4. Telaga - tempat ibu mengambil air ketika kemarau.
5. Rimba belantara - tempat bapa berdenak ketitir.
6. Sungai Ceper - tempat penduduk kampung termasuk ibu mendapat sumber air.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat petani
Mereka mengusahakan tanaman padi secara tradisional. Keluarga aku mewakili sebahagian daripada anggota masyarakat yang mengusahakan tanaman padi secara tradisional seperti menajak dan menyisir selut.

2. Masyarakat yang menghadapi kepayahan hidup.
Penduduk di desa aku mengalami kesempitan hidup apabila Sungai Ceper melimpah kerana banjir dan airnya kering sehingga tidak dapat mengairi sawah ketika musim kemarau.

3. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
Bapa sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimba sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarganya.
Gaya Bahasa

1. Kata ganda - kehijauan-hijauan
2. Simpulan bahasa - naik angin
3. Simile - Ibu tidak lagi cergas waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan batang pisang
4. Personifikasi - ….kudengar ngauman Ceper
5. Hiperbola - …Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga runtuh tanah-tanah, hingga terbongkeh perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing

Nilai

1. Nilai bertanggungjawab.
Sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya.

2. Nilai kegigihan.
Walaupun terpaksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga.

3. Nilai kesabaran.
Ibu terpaksa bersabar melayani kerenah suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarga.

Pengajaran

1. Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar mereka tidak hidup dalam kesusahan.
2. Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan faham antara suami dengan isteri.
3. Kita mestilah menyayangi ibu bapa yang telah tua agar kebajikan mereka terpelihara.
4. Kita janganlah mencemarkan alam sekitar kerana perbuatan itu akan membawa keburukan kepada masyarakat.


Wednesday, September 1, 2010

Cerpen Melissa

Sinopsis Cerpen Melissa

Melissa baru sahaja pulang dari pejabat surat khabar. Dia berasa tidak tenteram setelah bertemu Syahid, kawan lamanya ketika di universiti dahulu. Peristiwa tersebut membuatkannya teringat kepada seorang kawannya sepermainannya sewaktu kecil dahulu, Hisyam. Hampir setiap hari Hisyam pasti mengunjunginya dan meraka bermain-main bersama-sama.  Persahabatan mereka sangat akrab sehingga Hisyam pernah menyatakan bahawa apabila besar nanti, dia akan memperisterikan Melissa. Malangnya Hisyam telah terkorban dalam tragedi 13 Mei 1969.

Peritsiwa hitam itu benar-benar meninggalkan kenangan pahit kepada beliau. Tarikh 13 Mei juga telah dipilih Melissa sebagai tarikh untuk beliau menyediakan penulisan tesis dalam bidang sejarahnya. Melissa perlu menyiapkan penulisan ilmiah ini sebelum beliau dianugerahkan ijazah sarjana muda dalam bidang sejarah. Kajiannya setebal 215 muka surat telah merungkai punca-punca berlakunya rusuhan kaum pada tarikh hitam itu. Dalam kajian Melissa, punca rusuhan kaum adalah akibat dasar secara devide et empera, iaitu pemisahan kaum secara kedudukan geografi. Penjajah Inggeris sememangnya tidak suka penduduk Tanah Melayu bersatu ketika itu. Orang Melayu dibiarkan hidup secara tradisi di kampung-kampung, manakala oarang-orang Cina ditempatkan di bandar-bandar dan menguasai bidang perniagaan. Orang India pula ditempatkan dalam ladang-ladang milik Inggeris sebagai buruh ladang. Dasar ini menyebabkan berlakunya polarisasi kaum yang semakin lama semakin menebal walaupun negara telah mencapai kemerdekaan. Untuk menyiapkan kajiannya, Melissa juga menjalankan kajian secara menebual mangsa-mangsa tragedi 13 Mei untuk mengetahui kisah sebenar peristiwa berdarah itu.

Hubungan Melissa dengan Syahid semakin intim. Walau bagaimanapun hubungan mereka terganggu kerana Melissa menyertai angkatan tentera Malaysia. Melissa lebih sayangkan negaranya daripada persahabatan dengan Syahid. Kejadian ini menyebabkan Syahid terasa seperti dipermainkan dan sangat kecewa dengan sikap Melissa. Melissa telah bertekad untuk menjadi warganegara yang setia kepada negara Malaysia walaupun dia dilahirkan dan dibesarkan di luar negara, tetapi hati dan jiwanya adalah anak Malaysia yang sejati. Dia tidak mungkin balik ke tanah tumpah kelahiran ibu bapanya di Guangdong, China. Melissa tidak kesal untuk menjadi seorang tentera demi untuk mempertahankan ibu pertiwi.


Tema

- Cinta
- Cinta kepada negara
- Cinta kepada rakan sepermainan walaupun berlainan bangsa dan agama

Persoalan

1. Pergaulan sewaktu kecil akan menghilangkan perasaan prejudis kepada kaum lain.
2. Perasaan sayang kepada negara tidak merujuk kepada sesuatu kaum, sebaliknya kepada semua rakyat negara ini.
3. Rusuhan kaum dan peperangan tidak membawa keuntungan kepada mana-mana pihak sebaliknya membawa kemusnahan.
4. Tanggungjawab kepada seluruh rakyat untuk menjaga keharmonian Negara.
5. Perbezaan kelas soaial wujudkan perbezaan antara kaum dan setersunya boleh mencetuskan permusuhan.
6. Dasar pecah dan perintah penjajah menjadi punca perpecahan kaum di Malaysia.

Watak dan Perwatakan

1. Melissa
a. Seorang gadis Cina yang terlah berkawan dengan kaum lain sejak dari kecil lagi.
b. Bersikap terbuka dalam hal perkahwinan
c. Lulusan bidang sejarah dari Universiti Malaya dan bekerja di sebuah syarikat akhbar.
d. Mempunyai semangat patriotik yang kuat sehingga sanggup berkhidmat sebagai tentera.
e. Membuat kajian punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

2. Hisyam
a. Seorang anak lelaki keturunan Minang.
b. Rakan sepermainan Melissa dan sangat sayang kepada Melissa.
c. Terbunuh dalam kejadian 13 Mei bersama anggota keluarganya.
d. Berani bertindak untuk mempertahankan haknya seperti menumbuk anak pegawai Inggeris yang ada di rumah Melissa.

3. Syahid
a. Pengarang sebuah akhbar
b. Terpikat kepada Melissa walaupun akhirnya berasa kecewa kerana Melissa menjadi anggota tentera.
c. Wajahnya seiras Hisyam, yang menjadi punca Melissa tertarik kepadanya

4. Farid
a. Pensyarah kepada Melissa sewaktu di universiti dahulu.
b. Kini menjadi rakan kerana Melissa sedang sambung pelajarannya dalam bidang sarjana sejarah.
c. Seorang yang penyabar.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat pelajar yang gigih berusaha. Melissa contoh kepada rakyat yang gigih belajar sehingga ke universiti. Beliau juga telah membuat kajian punca kejadian peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

2. Masyarakat miskin yang tinggal di rumah setinggan. Hisyam digambarkan sebagai keluarga miskin yang terpaksa tinggal di rumah setinggan di pinggir ibu kota.

3. Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Malaysia kaya dengan masyarakat yang berbilang bangsa iaitu orang Melayu, Cina dan India termasuk Inggeris. Ini adalah hasil penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Walaupun Inggeris mengamalkan dasar pecah dan perintah, namun perpaduan kaum tetap terjalin antara kaum-kaum di negara ini. Melissa gadis Cina telah berkawan dengan Hisyam, Syahid dan Farid tanpa sebarang prasangka.


Nilai

1. Kasih Sayang. Melissa sayang kepada sahabat-sahabatnya seperti Hisyam, Syahid dan Farid.

2. Setia. Melissa terasa kehilangan seorang sahabat karib seperti Hisyam. Sehingga sekarang beliau masih lagi teringat-inggat walaupun Hisyam telah lama meninggal dunia. Kepada Melissa, sukar bagi beliau untuk mencari pengganti.

3. Ikhlas. Melissa gigih berusaha sehingga ke universiti. Beliau telah mendapat ijazah dalam bidang sejarah dan sekarang sedang menyambung pelajarannya dalam sarjana sejarah di Universiti Malaya.

4. Semangat patriotisme. Melissa sangat sayang kepada negara Malaysia sehingga beliau berkhidmat dalam bidang ketenteraan. Beliau tidak mungkin balik ke China walaupun keluarganya berasal dari sana.

5. Tidak berdendam. Walaupun peristiwa 13 Mei telah meragut banyak nyawa di kedua-dua pihak, namun Melissa tidak mempunyai perasaan dendam kepada orang Melayu.

Pengajaran

1. Kasih Sayang. Sebagai manusia, kita harus mengamalkan sikap berkasih sayang antara sahabat. Ini akan dapat menjamin kesejahteraan hidup sesama jiran tetangga.

2. Ikhlas dan Setia. Dalam persabahatan, kita hendaklah setia agar kesusahan dan kesenangan dikecapi bersama.

3. Semangat patriotisme. Setiap warganegara Malaysia perlu mempunyai sikap taat setia dan sayangkan negara. Kita harus bersama-sama sanggup mempertahankan negara jika negara kita diancam musuh.

Soalan Pemahaman

1. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "devide et empera ".  Jelaskan kesan terhadap kehidupan rakyat negara ini selepas negara mencapai kemerdekaan.

2. Peristiwa 13 Mei 1969 telah menjadi titik hitam dalam sejarah Malaysia.   Bagaimanakah cara untuk mengelak peristiwa ini daripada berulang?


3. Bagaimanakah semangat 1 Malaysia dapat mengekalkan keharmonian negara kita?

Tuesday, August 10, 2010

Hikayat Khoja Maimun


Sinopsis

Khoja Maimun merupakan saudagar yang amat kaya di negeri Ajam.  Isterinya pula bernama Bibi Zainab.  Ketika mereka berjalan-jalan di pasar, mereka telah membeli seekor burung bayan dengan harga yang sangat mahal.  Mereka juga membeli seekor burung tiong.  Kedua-dua burung itu boleh berkat-kata.

Pada suatu hari, Khoja Maimun hendak pergi berlayar untuk berniaga.  Maka, tinggallah isterinya bersama-sama dengan burng bayan dan burung tiong di rumah.  Beberapa lama kemudian, Bib Zainab terkenang akan suaminya lalu duduk di tingkap memerhatikan alam sekeliling.  Bibii Zainab terpandang anak raja yang lalu berhampiran rumahnya, lalu beliau jatuih hati kepadanya.  Anak raja itu meminta seorang perempuan tua menyampaikan hasratnya untuk bertemu Bibi Zainab.  Setelah mendengar cerita perempuan tua itu, Bibi Zainab menyuruh perempuan tua itu memberitahu anak raja  bahawa beliau akan bertemu baginda pada malam harinya.

Setelah malam hari, Bibi Zainab memakai pakian yang indah dan bau-bauan yang harum dengan tujuan untuk bertemu anak raja Sebelum keluar, Bibi Zainab memberi tahu burung tiong akan perasaannya dan meminta izin untuk bertemu anak raja itu.  Burung tiong berasa marah kerana Bibi Zainab cuba berlaku curang terhadap suaminya.  Bibi Zainab berasa marah lalu menangkap burung tiong yang berada dalam sangkar lalu menghempaskannya ke lantai.  Burung tiong mati.  Burung Bayan melihat kejadian itu, tetapi pura-pura tidur seolah-olah tidak mengetahui kejadian itu.

Bibi Zainab mengejutkan burung bayan untuk meminta izin keluar rumah untuk berjumpa anak raja.  Burung Bayang tahu jika dia melarang Bibi Zainab keluar, pasti dia akan menerima nasib yang sama seperti burung tiong.  Burung Bayang membenarkan Bibi Zainab untuk berjumpa anak raja.  Bagimanapun, sebelum Bibi Zainab keluar, burung baying telah bercerita kisah burung bayan dicabut ekor oleh isteri saudagar.    Bibi Zainab tertarik untuk mendengar cerita itu, lalu meminta burung bayan untuk menceritakannya sehingga waktu subuh.  Sebaik sahaja habis bercerita, burung bayan menyuruh Bibi Zainab pergi dengan segera berjumpa dengan anak raja.  Walau bagaimanapun, Bibi Zainab tidak jadi pergi kerana hari telah siang.

Pada malam kedua Bibi Zainab juga bersiap-siap untuk berjumpa dengan anak raja berkenaan.  Sebelum keluar, Bibi Zainab sekali lagi meminta kebenara burung bayan .  Burung bayan sekali lagi membenarkan Bibi Zainab berjumpa dengan buah hatinya, Tetapi sebelum Bibi Zainab kelaur, burung bayan menceritakan Hikayat Taif.  Lantas Bibi Zainab mendengar cerita Hikayat Taif daripada burung bayan sehingga pagi.  Sekali lagi hasrat Bibi Zainab tidak kesampaian.

Pada malam ketiga, Burung bayan mengizinkan Bibi Zainab bertemu anak raja.  Dalam pada masa yang sama, burng bayan mencerita kisah suami yang cemburu.  Lantas Bibi Zainab seklai lagi duduk mendengar cerita burung bayan sehingga pagi dan tidak jadi keluar untuk bertemu anak raja.

Pada malam keempat, Bibi Zainab sekali lagi berusaha untuk berjumpa anak raja berkenaan.  Seperti yang telah diamanahkan oleh suaminya, Bibi Zainab meminta izin daripada burung bayan untuk berjumpa buah hatinya.  Burung baying sdeperti biasa membenarkan Bibi Zainab menunaikan hasratnya.  Tetapi pada malam tertsebut, burung baying menceritakan kisah Hikaya Serimala dengan PAndai Emas.  Bibi Zainab sekali terpesona dengan cerita itu lalu meminta burung bayan menceritakannya supaya boleh dijadikan pengajaran untuk dia berbakti kepada suaminya.


Tema

Kebijaksanaan dalam memberi nasihat.  Burung bayan telah bertindak dengan bijak untuk memelihara kesetiaan dan ketaatan Bibi Zainab terhadap suaminya.  Kalau dia mengikut langkah burung tiong melarang Bibi Zainab bertemu anak raja, pasti dia juga akan mati.  Manakala pendakatan burung bayan dengan cara bercerita telah menarik perhatian Bibi Zainab untuk dijadikan pengajaran agar tetap setia kepada suaminya.

Persoalan

  1. Tanggungjawab seorang isteri untuk menjaga kehormatan dan kesucian diri sewaktu suami keluar mencari rezeki.  Isteri yang baik akan menjaga dirinya supaya tetap setia kepada suaminya, walaupun suami tiada di rumah.

  1. Kebijasanaan bertindak.  Khoja Maimun telah bertindak dengan bijak untuk membeli burung bayan dan burung tiong yang dapat menjaga dan mengawal isterinya daripada terjerumus ke lembah maksiat. 

  1. Suami yang bertanggung jawab.  Khoja Maimun adalah seorang yang bertanggung jawab kerana sanggup keluar jauh untuk mencari rezeki walaupun terpaksa meninggalkan isterinya yang cantik dalam tempoh yang lama.

Nilai

Pengajaran.

  1. Bijaksana.  Burung bayan telah bertindak dengan bijaksana secara bercerita sehingga Bibi Zainab terleka untuk bertemu anak raja.

SEtiap tindakan yang hendak dilakukan hendak secara bijaksana agar dapat diterima oleh orang lain tanpa sebarang masalah.
  1. Berani.   Burung tiong telah bertindak dengan berani untuk mengakkan kebenaran, walaupun dia menerima hukuman mati.

Untuk menegakkan kebenaran, kita perlu berani walaupun terpaksa menerima hukuman yang berat.
  1. Jujur dan setia.  Sikap jujur dalam berumah tangga penting untuk memelihara kerukunan rumah tangga.

Kesetiaan dan kejujuran adalah penting dalam sesuatu perkahwinan.  Jika berlaku curang, sesebuah rumahtangga akan hancur berkecai.
  1. Kasih sayang.  Walaupun Khoja Maimun terpaksa keluar jauh, beliau telah membeli dua ekor burung untuk memastikan isteri beliau tidak kesunyian.

Kehidupan berumahtangga perlu dipupuk dengan kasih sayang. 


Watak

Burung Bayan

  1. Pandai berkata-kata, dan bercerita.
  2. Memiliki semangat kesetiaan yang tinggi kepada tuannya.
  3. Bertindak secara bijaksana untuk mencapai maksudnya melarang Bibi Zainab bertemu anak raja.


 Bibi Zainab

  1. Isteri Khoja Maimun yang cantik dan masih muda.
  2. Oleh kerana terlalu lama ditinggalkan suami, beliau berniat untuk berlaku curang, tetapi berjaya dihalang melalui kebijaksanaan burung bayan.
  3. Tidak kuat iman dan mudah terpedaya melalui kedudukan seseorang.

Khoja Maimun

  1. Suami kepada Bibi Zainab.
  2. Ahli perniagaan yang ternama.
  3. Bersifat penyanyang terhadap isterinya.
  4. Bertindak secara bijak dengan membeli dua ekor burung untuk menemani isterinya.

Thursday, May 6, 2010

Syair Definisi Orang Berakal



TEMA:
  • Keperibadian atau Ciri-ciri orang yang bijaksana.
PERSOALAN:
  • Orang yang mengikut sifat orang bijaksana akan hidup sejahtera.
  • Membiarkan keburukan berlaku di depan mata akan menyebabkan keruntuhan akhlak.
  • Perlu bertindak bijak apabila berhadapan dengan orang yang jahat supaya tidak mendapat malu.
  • Menjauhi sifat tamak yang buruk.
  • Tidak meninggi diri dalam urusan pekerjaan.
  • Berhemah tinggi dalam pergaulan akan disukai orang.
  • Banyak berfikir dan belajar sukar diperdaya orang.
NILAI:
  • Kerajinan - menuntut ilmu dan meneliti hal kehidupan tanpa jemu.
  • Bijaksana - bijak dalam menangani permasalahan seperti ketika berhadapan orang yang jahat.
  • Kesederhanaan - tidak sombong dan meninggi diri.
  • Ketabahan - melawan sifat tamak.
  • Baik hati - berbudi bahasa dalam pergaulan.
PENGAJARAN:
  • Kita mestilah rajin membaca buku dan mengkaji sesuatu agar menjadi orang yang berilmu.
  • Kita hendaklah bijak bertindak apabila menghadapi masalah.
  • Kita harus yakin untuk melakukan sesuatu yang baik.
  • Kita wajar tabah menghadapi godaan syaitan dan keadaan supaya melakukan hal yang buruk.
  • Kita patut bersikap sederhana dan tidak meninggi diri.
  • Kita mestilah berbuat baik dengan semua orang.
  • Kita wajib taat akan perintah Tuhan.
MAKSUD:
RANGKAP
MAKSUD
1
Orang berakal atau cerdik dianggap lebih mulia oleh masyarakat dan menyamai orang alim.  Mereka yang menjadi pengikut akan turut dipandang mulia dan dapat kebahagiaan hidup
2
Orang berakal akan mencari keadilan dan membela mereka yang teraniaya.
3
Orang berakal berpandangan jauh.  Mereka teliti dalam memilih kawan dan setia kepada sahabat-sahabat mereka.  Orang berakal tidak akan berkawan dengan orang jahat.
4
Orang berakal sentiasa mengikut undang-undang dan hukum-hakam agama.  Mereka tidak tamak kerana mereka tahu matalamat akhir mereka ialah kehidupan kekal di akhirat.
5
Orang berakal tidak akan menjadi sombong walaupun mereka dikasihi oleh orang atasan/ orang besar.  Mereka boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja dan tidak bersikap mengada-ada.
6.
Orang berakal akan sentiasa beringat-ingat sewaktu mereka dikasihi orang atasan.  Mereka tidak akan membuang saudara-mara dan sahabat handai mereka.
7.
Orang berakal tidak akan bosan mengejar ilmu.  Mereka tidak akan berhenti belajar kerana ilmu tidak ada hujung atau penamatnya.

Sunday, April 4, 2010

Wednesday, March 31, 2010

Thursday, March 25, 2010

Novel Papa- Sinopsis

ULASAN NOVEL PAPA – Akhirnya Kau Tewas Juga

Bab 1

Ketika minum petang, Mak Cik Noraini melayan Julia sambil memerhatikan kepulangan papa Julia yang membawa kacang panjang yang dipetik dari kebunnya. Papa terus mendapatkan mama yang sedang menunggunya sambil berbual dengan penuh mesra. Sambil berseloroh papa meminta mama untuk memasakkan lauk kegemarannya. Julia hanya memerhatikan gelagat kedua-dua orang tuanya yang sempat bergurau senda. Sesekali Julia yang sudah menjadi anak dara berasa segan melihat telatah mereka yang sangat mesra dan tidak pernah berenggang. Tetapi, Mak Cik Noraini sekadar tersenyum dan dipercayai banyak menyimpan rahsia tentang kedua-dua insan tersebut.


Bab 2

Beberapa minggu kemudiannya, Julia pulang dari sekolah sendirian sambil merungut tanpa mama. Mak Cik Noraini melayan Julia dengan menghidangkannya bubur jagung yang mengembalikan pertemuan papa dan mamanya. Tiba-tiba Julia teringat kembali peristiwa jari mama yang terluka akibat terhiris pisau dan terpaksa dibawa ke klinik. Papa sangat mengambil berat terhadap mama dan masih bergurau senda dengan mama untuk meringankan kesakitan yang ditanggung mama. Lamunannya terhenti apabila ditegur oleh Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini sempat juga mengimbau kembali kisah silam papa dan mama Julia. Sedang Julia dan Mak Cik rancak berborak, mama dan papa balik sambil masing-masing tersenyum antara satu sama lain. Secara tiba-tiba, papa memberitahu berita gembira kepada Julia bahawa dia akan dapat seorang adik. Julia terlalu gembira walaupun Mak Cik Noraini tidak berapa senang dengan berita tersebut kerana risau akan keadaan mama yang pernah mengalami komplikasi ketika melahirkan Julia dahulu. Tetapi, bagi mama dan papa mereka sudah bersedia untuk menerima segala ketentuan Ilahi kelak.


Bab 3

Petang itu, Julia terdengar perbualan Mak Cik Noraini yang mengingatkan mama tentang peristiwa ketika melahirkan Julia 16 tahun yang lalu yang menyebabkan mama kehilangan darah yang banyak dan tidak sedarkan diri. Mama serba salah dan tidak sanggup menolak untuk memenuhi hasrat suaminya yang ingin akan zuriat walaupun menyedari risiko yang bakal dihadapinya. Perbualan mama dan Mak Cik Noraini terhenti sebaik sahaja papa pulang, manakala Julia pula berhenti daripada memerhatikan gelagat kedua-dua orang wanita di dapur sebentar tadi, lalu merahsiakan apa-apa yang didengar daripada pengetahuan papanya. Julia menyambut kepulangan papa dan mengajaknya bermain tenis pada petang itu. Ketika Julia dan papanya bermain tenis, mereka didatangi oleh Aisyah, bekas pelajar di kolej tempat papa mengajar dan mereka berbual-bual sambil minum di kantin. Julia berasa kurang senang apabila papanya berborak terlalu lama dengan Aisyah, lantas dia mengajak papa untuk pulang.



Bab 4

Julia pergi ke sekolah seperti biasa. Beliau minta maaf atas kelewatan keluar dari kelas kerana terpaksa mengambil nota yang dipinjam kepada rakannya. Cikgu Suzie menumpang kereta Ibu untuk ke Seksyen 14. Kereta beliau rosak dan ada di bengkel di seksyen 14. Dalam perjalanan mereka pulang, cikgu Suzie sempat berhujjah berkaitan risiko yang akan dialami oleh Cikgu Maliana. Walau bagaimanapun Cikgu Maliana mengatakan beliau akur dengan kehendak suaminya yang mahukan zuriat. Beliau berserah kepada Illahi tentang nasib yang mungkin boleh menimpa dirinya.

Soalan Pemahaman

1. Mengapakah Julia terlambat untuk smpai ke kereta mamanya?
2. Siapakah yang menumpang kereta mama tengahari itu?
3. Apakah perbincangan dua orang perempuan itu?
4. Pada pendapat kamu, wajarkah cikgu Suzy campur tangan dalam hal peribadi Cikgu Marlia?

Bab 5

Suasana di rumah, mama dan papa duduk berbual sambil minum teh. Papa memberi perangsang dan keyakinan kepada mama untuk menghadapi saat melahirkan bayi mereka nanti. Suasana romantis antara papa dengan mama menimbulkan sedikit perasaan cemburu kepada Ju. Di dapur Ju cuba mendapat kepastian masalah mama sewaktu melahirkan Julia 16 tahun dahulu daripada Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini memberitahu Julia bahawa sewaktu beliau dilahirkan, dia hanya sebesar anak kucing, kerana dianggap ”premature baby”.

Soalan Pemahaman

1. Mengapa mama berasa gementar untuk bersalin pada kali ini?
2. Apakah tindakan papa untuk mententeramkan mama?
3. Apakah pengalaman yang telah dilalui mama sewaktu melahirkan Julia 16 tahun dahulu?
4. Nyatakan 3 nilai murni yang ada pada pasangan papa dan mama dalam bab ini.
     a. Baik hati dan sangat mengasihi mama.
     b. Membantu mama yang sedang runsing


Bab 6

Babak ini menceritakan papa terus menerima godaan daripada seorang gadis cantik. Walau bagaimanapun papa tahu batas untuk berhubung dengan pelajarnya ini. Papa menjelaskan bahawa pelajar itu sekarang berada dalam tahun akhir. Pada tahun hadapan, pelajar itu akan tamat pengajian. Julia cuba menduga perasaan papanya terhadap gadis berkenaan dengan mengajukan beberapa soalan. Walau bagaimanapun papa menjelaskan bahawa dia tersangat sayangkan mama dan tidak sanggup menduakannya. Papa faham perasaan orang perempuan yang tidak suka suaminya berkahwin lain.

Soalan Pemahaman

1. Siapakah gadis cantik yang cuba menggoda papa?
2. Apakah tindakan papa apabila menerima godaan ini?
3. Mengapa Julia menggalakkan papanya untuk berkahwin dengan gadis berkenaan?
4. Nyatakan nilai murni pada watak papa dan Julia.
    a. Papa –
    b. Julia –

Bab 7

Ju telah berada di tingkatan 5 pada tahun berikutnya. Mama masih belum bersalin tetapi perut mama semakin membesar. Papa semakin gembira untuk menyambut kedatangan ahli keluarga yang baru. Banyak persediaan yang dibuat papa seperti menyediakan peralatan bayi. Mak Cik Noraini kurang senang dengan persediaan papa kerana sudah banyak kejadian-kejadian tak elok berlaku. Sedang Julia sibuk membuat ulangkaji pelajarannya, papa memanggil cemas Mak Cik Noraini. Sudah sampai masanya Mama hendak bersalin. Mereka segera bertolak ke hospital. Papa menghantar mama untuk bersalin di Hospital Universiti Kebangsaan kerana di sana ramai doktor pakar. Sebelum mama masuk ke bilik bersalin, mama sempat berpesan jika berlaku sesuatu yang tidak baik, maka redakanlah beliau pergi. Mama sempat meminta ampun daripada papa.

Soalan Pemahaman

1. Apakah perasaan papa apabila tarikh mama untuk bersalin semakin hampir?
2. Apakah persediaan yang telah dibuat oleh papa untuk menyambut kedatangan ahli keluarga yang baru?
3. Mengapakah Mak Cik Noraini kurang senang melihat kelakuan papa?
4. Nyatakan 3 nilai murni yang ada dalam Bab ini.
5. Nyatakan perwatakan papa pada masa itu.

Bab 8

Julia, papa dan Mak Cik Noraini menunggu mama untuk bersalin di hospital. Doktor memaklumkan bahawa mama telah melahirkan dua orang anak kembar siam, tetapi tak sempat untuk diselamatkan. Mama telah banyak kehilangan darah dan jatuh pengsan (koma). Papa terlalu sedih dan begitu juga Mak Cik Noraini. Papa, Julia dan Mak Cik Noraini telah mengkebumikan mayat adik kembar Julia di tanah perkuburan yang berhampiran rumah mereka. Berita sedih ini telah dimaklumkan kepada Universiti di mana papa bertugas dan juga sekolah tempat mama mengajar. Satu rombongan daripada kawan-kawan dating menziarahi mereka yang malang ini.


Soalan Pemahaman

1. Nyatakan perasaan papa dan Julia sewaktu menunggu mama bersalin di hospital.
2. Mengapa papa begitu risau menunggu kelahiran bayinya yang kedua ini?
3. Jika kamu berada di tempat Julia, apakah tindakan yang boleh anda ambil untuk mententeramkan keadaan?
4. Nyatakan 3 nilai murni yang ada pada watak Julia dalam Bab ini.

Pelayaran Yang Penuh Peristiwa


Tema

Cerita ini mengemukakan tema kehebatan dan keistimewaan Awang Sulung Merah Muda. Beliau mampu mengharungi pelbagai rintangan sepanjang pelayarannya ke tanah Jawa.

Persoalan

Serangan lanun yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi.
Dugaan semasa pelayaran seperti serangan lanun dan juga tipu helah anak kapal.
Sikap suka berjudi masyarakat zaman dahulu termasuk golongan bangsawan.
Sikap berhati-hati dan menghormati tempat yang dilawati. Nakhoda Tua telah berhati-hati agar tidak melanggar adat sewaktu berlabuh di negeri Terengganu.
Raja bertindak tanpa terlebih dahulu menyelidik sama ada sesuatu berita itu benar atau palsu.
Watak dan Perwatakan
Awang Sulung Merah Muda

Awang Sulung adalah anak kepada Tuanku Si Helang Laut dan cucu kepada Si Helang Mawai.
Awang Sulung Merah Muda menyamar sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Awang Sulung merendah diri. Baginda tidak menunjuk-nunjuk kelebihan dan kesaktian yang dimilikinya.
Awang Sulung berwajah tampan hingga menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan Si Kembang Cina terpikat padanya.
Awang Sulung memiliki keris dan pedang sakti.
Awang Sulung memiliki pelbagai kesaktian seperti:
Menenangkan air laut yang bergelora
Tidak perlu memegang kemudi sewaktu belayar
Menukar air masin kepada air manis

Awang Sulung berkahwin dengan Puteri Dayang Seri Jawa.
Awang Sulung pandai berpantun.
Awang Sulung suka bersabung ayam.

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa ialah anak kepada Tuanku Nakhoda Tua.
Tuan Puteri jatuh hati kepada Awang Sulung.
Tuan Puteri terlalu mengikut perasaan dan dan sanggup terjun ke laut apabila Awang Sulung berhasrat untuk balik ke Bandar Mengkalih.
Tuan Puteri adalah seorang yang bijaksana dan bertegas untuk membantah pendapat ayahnya yang terpengaruh dengan tipu daya jurumudi.

Si Kembang Cina

Si Kembang Cina adalah orang suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Si Kembang Cina taat kepada perintah Tuan Puteri.
Beliau juga pandai memujuk Awang Sulung.
Si Kembang Cina bersubahItalicat dengan jurumudi untuk menganiayai Awang Sulung.

Tuanku Nakhoda Tua

Tuanku Nakhoda Tua adalah ayahanda kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Banginda mudah percaya akan percakapan orang.
Baginda kesal akan kesilapannya memandang rendah kebolehan Awang Sulung.
Baginda menepati janjinya untuk mengahwinkan kepada sesiapa yang dapat menyelamatkan pelayarannya dengan puteri baginda sendiri.

Jurumudi

Jurumudi pandai menipu dengan mendakwa bahawa beliau yang menyelamatkan geliung daipada amukan Tuan Pueri Dayang Nuramah dan lanun.
Jurumudi bercita-cita untuk mengahwini Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Beliau berasa iri hati apabila Awang Sulung mendapat perhatian Tuan Puteri Seri Jawa.
Jurumudi adalah seorang pengecut apabila beliau lari sewaktu diserang lanun.


Latar Tempat

Di dalam geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Di Pulau Tapai
Di Pulau Salah Nama
Di Negeri Pati Talak Terengganu

Latar Masyarakat

Masyarakat golongan bangsawan.
Masyarakat golongan bawahan yang bekerja untuk raja. Misalnya anak-anak kapal geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Masyarakat yang taat kepada pemerintah seperti kepada arahan Tuan Puteri.
Masyarakat lanun yang suka merompak.
Masyarakat yang suka berjudi seperti menyambung ayam.
Masyarakat yang kuat mengamalkan adat resam.

Nilai Murni

Nilai berani. - Awang Sulung berani menentang lanun semasa pelayarannya.
Nilai merendah diri – Awang Sulung sanggup menyamar sebagai budak hitam yang layak menjadi penunggu reban dan penghalau ayam sahaja.
Nilai bijaksana – Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak kapal semasa dalam pelayaran.
Pantun Empat Kerat

Budi

Pantun ini disampaikan sebagai pesanan tidak langsung bahawa orang yang berbudi hendaklah di kenang

Orang yang berbudi, pasti akan disebut-sebut walaupun telah meninggal dunia

Jasa dan budi orang senantiasa dikenang, biarpun kecil, budi itu tetap dihargai.

Seseorang yang mengasihi yang lain, apabila kasihnya diterima hubungan tersebut akan berterusan untuk jangka masa yang panjang.

Tema dan Persoalan:

Tema :

Tema pantun ini berbakitan dengan Budi
Ia boleh terdiri daripada: - Budi bahasa
Akal budi
Budi pekerti
Budi bicara

Persoalan:

Ketinggian nilai budi yang diberikan seseorang dan sejauh mana orang ramai menghargai budi.
Sikap mengenang budi, ramai orang mudah lupa kepada budi seseorang
Budi yang tidak luput walaupun orangnya telah meninggal dunia
Budi yang mengikat sesama manusia dan menjadikan seseorang itu sangat terhutang budi

Bentuk Pantun

Pantun Empat Kerat
Bilangan kata dalam sebaris hampir sama, 3 hingga lima patah kata
Bilangan suku kata sembilan hingga sebelas
Rima abab

Unsur Keindahan

Pemilihan kata yang indah dan puitis
Resam di dunia juga disebut
Budi sedikit bilakan hilang

Pengulangan kata atau repititis
Terang bulan terang di paya

Penggunaan simile

Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun

Unsur bunyi

Asonansi (pengulangan vokal)
i. Jika tak kenang kepada saya - (vokal ”a”)
ii. Budi sedikit bila kan hilang – (vokal ”i”)

Aliterasi (pengulangan konsonan)
i. Jika taka kenang kepada saya – (vokal ”k”)


Nilai

1. Nilai menghargai budi yang dihulurkan. Budi yang diterima walaupun sedikit atau kecil menjadi sesuatu yang berharga dan dikenang selalu.
2. Nilai keikhlasan. Ditujukkkan menerusi tindakan menghulurkan budi kepada orang lain.

Pengajaran

1. Setiap orang hendaklah memberi sumabngan untuk mewujudkan keharmonian dalam kehidupan.
2. Setiap orang yang memperoleh sumbangan mesti mengenang budi walaupun budi itu tak sebesar mana.
3. Setiap budi atau jasa yang diperoleh mesti diberikan setinggi-tinggi penghargaan kerana budi atau jasa itu sukar dibalas dan diganti.
4. Seseorang itu akan disebut atau diingati atas setiap perbuatan sama ada baik atau buruk.