Thursday, July 4, 2013

Pasar Perasaan



Pasar Perasaan  (T. Alias Talib)

ini pasar perasaan
pada gerainya duduk penjual sentimental
yang sering dikunjungi pembeli emosional.

ini pasar perasaan
mereka memperdagangkan kata-kata
yang terbit daripada kalbu
bukan terbit daripada akal.

mereka memperdagangkan hujah
yang rapuh dan lapuk
bagai kayu buruk;
yang mudah dipatahkan
bagai ranting kering.

ini pasar perasaan
di dalamnya mengalir sungai manusia
yang menghilirkan suara kosong.

ini pasar perasaan
yang memperdagangkan akal cetek
dan tawar-menawar yang dangkal.

kumasuki pasar ini
kususuri sungai sibuk ini
di tengah-tengah penjual dan pembeli
yang kaya dengan perasaan
tetapi miskin dengan kebijaksanaan.

ini pasar tidak berakal
yang diriuhkan kekosongan.

Maksud Sajak

Rangkap 1:
Penulis meluahkan pendapat beliau bahawa warung atau kedai kopi menjadi gelanggang untuk pengunjung melontarkan pendapat dan berdebat. Perdebatan yang berlaku pula dikuasai oleh emosi.

Rangkap 2:
Perdebatan atau perbincangan adalah lebih kepada luahan perasaan dan bukannya datang daripada pertimbangan akal fikiran.

Rangkap 3:
Mereka memberikan pendapat sesuka hati tanpa merujuk kepada mana-mana bukti dan fakta kukuh. Sebenarnya hujah-hujah mereka begitu rapuh dan mudah disangkal dan tak boleh dilaksanakan.
 
Rangkap 4:
Di warung jugalah, para pengunjungnya memperlihatkan kelemahan mereka yang kurang ilmu pengetahuan. Perdebatan kosong terus menjadi agenda walaupun tidak membawa kebaikan.

Rangkap 5:
Di warung jugalah, para pengunjungnya memperlihatkan kelemahan mereka yang kurang ilmu pengetahuan. Perdebatan kosong terus menjadi agenda walaupun tidak membawa kebaikan.

Rangkap 6:
Penyajak cuba terlibat dan menyelami intipati perdebatan tersebut. Beliau mendapati pendebat-pendebat itu lebih dikuasai emosi ketika berbicara berbanding fakta dan ilmu.

Rangkap 7:
Bagi penyajak perdebatan di warung atau kedai kopi hanya sesuai untuk mereka bercakap tanpa berfikir dahulu. Perdebatan nampak menarik tetapi tidak membawa makna.

No comments:

Post a Comment