Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat
satu rumusan tentang peranan pusat
sumber sekolah dan sebab-sebab pusat
sumber sekolah kurang dikunjungi. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sejak dahulu lagi sesebuah sekolah dianggap tidak lengkap
jika tidak mempunyai satu perpustakaan. Perpustakaan itu pula dianggap sebagai
gedung ilmu dan sumber pengetahuan. Hal ini bermakna, kalau sebelum ini
perpustakaan merupakan pusat pengumpulan bahan bercetak dan bilik alat
merupakan tempat pengumpulan bahan-bahan alat pandang dengar, sekarang
kedua-dua tempat ini diintegrasikan untuk menjadi pusat sumber sekolah.
Pusat sumber sekolah berfungsi sebagai pusat untuk
menyediakan, menyimpan, mengedarkan, dan memberi perkhidmatan koleksi bahan.
Sama ada bersaiz sekadar sebuah bilik darjah ataupun berdiri megah berbentuk
bangunan sendiri, pusat sumber sekolah berpotensi besar dalam meningkatkan
penguasaan bahasa Melayu dan tahap intelektual warga sekolah, khususnya murid.
Usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu yang menjadi satu daripada
fokus tahunan pusat sumber sekolah. Pusat sumber sekolah dapat mengadakan
kolaborasi dengan Panitia Bahasa Melayu dalam program peningkatan akademik.
Pusat sumber sekolah juga merupakan tempat berlakunya
segala kegiatan yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian dalam proses
pengajaran dan pemelajaran. Konsep pusat sumber sekolah ini adalah berkaitan
dengan konsep pendidikan moden, iaitu untuk mewujudkan keadaan belajar secara
kendiri. Dengan yang demikian, setiap individu boleh menentukan kehendak
pelajarnya dan merancang sesuatu bagi memupuk keperluan dan kehendak yang
tersendiri. Pusat sumber sekolah sememangnya dapat membantu dan membaiki
kualiti pendidikan negara agar dapat memberikan asas yang kukuh bagi membentuk
masyarakat berpengetahuan. Oleh itu, golongan pendidik sentiasa diingatkan
supaya menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Pada masa yang sama, pusat sumber sekolah perlu
dilengkapi dengan alat bahan, dan kemudahan. Pusat sumber yang lengkap dan
menepati kehendak pelanggannya membolehkan proses capaian maklumat dilaksanakan
dengan berkesan. Antaranya termasuk penyediaan keratan akhbar dan koleksi
rencana daripada majalah. Selain itu, pusat sumber sekolah mampu menghasilkan
bahan-bahan yang mudah dan murah, tetapi berkesan kepada pelanggannya. Jadi,
pusat sumber sekolah disediakan bertujuan untuk memajukan sumber pelbagai media
bagi kegunaan guru dan pelajar.
Tegasnya, dapatlah dikatakan bahawa peranan pusat sumber
sekolah sangat luas. Di samping memupuk minat gemar membaca dan membuat
penyelidikan, diharapkan apabila pelajar dapat memanfaatkan pusat sumber
sekolah, mereka akan dapat menjadi pelajar yang berdedikasi, berfikiran matang,
berdisiplin, dan dapat mengembangkan bakat, serta kebolehan mereka berdasarkan
minat dan kecenderungan masing-masing.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pusat Sumber Meningkatkan
Penguasaan Bahasa Melayu’ oleh Zuridah Hanim Md. Akhir,
Pelita Bahasa, April 2011)
Soalan 2 (a)
– Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan
1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan
maksud rangkai kata gedung ilmu. [2 markah]
(ii) Nyatakan kelebihan-kelebihan sekiranya
seseorang pelajar itu gemar membaca dan membuat
penyelidikan di pusat sumber sekolah? [3
markah]
(iii) Pada pendapat anda,
bagaimanakah cara-cara untuk meningkatkan minat pelajar menggunakan pusat
sumber sekolah?
[4 markah]
Soalan 2 : Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan
teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan kemasukan buruh
asing di Malaysia dan langkah-langkah untuk mengurangkan bilangan mereka.
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.
Fenomena kemasukan buruh asing ke Malaysia bukanlah suatu hal yang luar biasa. Hal ini demikian kerana Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur sudah pasti akan menarik perhatian sejumlah besar guna tenaga dari negara-negara sekitar untuk mencari nafkah di negara ini di samping faktor-faktor kedaifan dan kekurangan peluang kerja di negara asal mereka. Kini jumlah buruh asing dianggarkan telah mencecah dua juta orang dan dijangka mencapai angka lima juta pada tahun 2020 kelak.

Buruh-buruh asing ini pada hakikatnya bukanlah robot,
tetapi individu yang membawa bersama-sama pelbagai latar belakang kehidupan
dari tanah asal masing-masing. Dari aspek kesihatan, buruh-buruh asing yang
datang secara haram khususnya amat berpotensi menyebarkan pelbagai penyakit
berjangkit dan wabak. Jika wabak tercetus, kerajaan perlu membelanjakan wang
yang banyak bagi mencegahnya. Kesannya terhadap kehidupan dan kebajikan rakyat
tempatan akan menjadi sangat tragis, di samping kerajaan juga perlu
menggerakkan tenaga profesional dalam bidang perubatan untuk mengatasi masalah
tersebut dalam tempoh yang tertentu. Lazimnya juga sebahagian besar buruh asing
akan menghantar pendapatan mereka kepada kaum keluarga di negara masing-masing.
Pengaliran wang keluar ke negara asing amat merugikan rakyat dan negara ini.
Pada hal, jika wang tersebut dibelanjakan di Malaysia akan dapat menjana
kerancakan ekonomi domestik.
Kemasukan buruh asing turut membawa bersama ahli keluarga ke Malaysia. Sesetengahnya pula menambah bilangan anak sewaktu berada di bumi Malaysia. Hal yang sedemikian menyebabkan kerajaan terpaksa menambah peruntukan untuk menyediakan kemudahan persekolahan. Anak mereka berkongsi bilik darjah dan kemudahan sekolah dengan anak tempatan. Guru-guru yang dahulu hanya memberikan tumpuan pengajaran dan pembelajaran kepada anak-anak tempatan, sekarang melebarkan tumpuan mencakupi anak-anak pendatang.
Bukan sedikit pula jenayah yang terjadi berpunca daripada
buruh asing. Pernyataan ini tidak pula menafikan bahawa orang tempatan juga ada
yang melakukan jenayah. Namun, dengan wujudnya jenayah yang dilakukan oleh
sebahagian buruh asing dengan kaedah atau modus operandi yang agak berbeza
dengan penjenayah tempatan, pasukan polis negara ini terpaksa bekerja lebih
keras. Operasi dari masa ke masa menuntut peruntukan kewangan yang besar
daripada kerajaan serta mengambil masa serta tenaga pasukan keselamatan yang
amat berharga. Kesan jenayah pula turut meninggalkan trauma yang mendalam
kepada mangsa yang terdiri daripada rakyat tempatan.
Sudah tiba masanya kerajaan Malaysia mencari alternatif
yang praktikal bagi mengurangkan jumlah buruh asing ke tahap yang minimum.
Kebergantungan kepada buruh asing bukan sesuatu yang harus dibiarkan
berlanjutan sehingga boleh mencetuskan suasana yang mengganggu ketenteraman dan
keselamatan rakyat dan negara ini.
Diubah suai daripada
rencana Pendatang, oleh Anwar Ridhwan,
Dewan Masyarakat,
Oktober 2004
Soalan 2 (a)
– Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab
soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata melebarkan
tumpuan. (2
markah)
(ii)
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan
pendatang asing datang ke Malaysia untuk
bekerja? (3 markah)
bekerja? (3 markah)
(iii)
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara
untuk menggalakkan rakyat Malaysia bekerja di sektor yang menjadi tumpuan
pekerja asing? (4
markah)
Soalan 3 : Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu
rumusan tentang tanda-tanda penyakit
kemurungan dalam kalangan remaja dan cara-cara
mengatasi kemurungan. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Menurut Coyne dalam makalahnya, Towards an Interactional Description of Depression, kecelaruan emosi merupakan kecelaruan psikologi yang menghasilkan gangguan emosi sehingga menjejaskan aktiviti harian. Penyakit kemurungan atau depresi merupakan penyakit lumrah yang menyerang penduduk di negara-negara maju dan membangun. Belakangan ini, penghidap depresi di Malaysia meningkat dengan drastik, khususnya dalam kalangan pelajar sama ada di sekolah rendah, menengah ataupun di pusat pengajian tinggi. Biasanya mereka yang kemurungan dapat dikesan melalui tingkah laku mereka yang gemar termenung hampir setiap hari. Jika keadaan ini tidak diberikan perhatian yang serius, penyakit ini akan bertambah parah, termasuklah peningkatan kes bunuh diri.
Sesetengah ibu bapa terlalu menekan anak mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Bagi mereka, pencapaian “A+” anak-anak dalam peperiksaan akan menimbulkan rasa megah di hati. Oleh itu, anak-anak dipaksa berlumba-lumba mengejar impian, sibuk dengan tuisyen dan kerja rumah yang bertimbun-timbun sehinggalah tiada masa untuk melayan diri sendiri. Keadaan ini menyebabkan anak-anak akan tertekan dan berubah menjadi murung. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah memantau fizikal anak-anak mereka jika mendapati berat badan mereka semakin merosot. Ibu bapa yang prihatin akan
dapat mengenal pasti setiap perubahan diri anak-anak mereka, sama ada dari segi fizikal atau mental. Kadang kala fizikal anak-anak juga kelihatan tidak bermaya.

Segelintir ahli bijak pandai sering merungut bahawa
tanggapan ibu bapa yang terlalu mengutamakan pencapaian akademik hanya akan
melahirkan generasi yang tidak seimbang. Ibu bapa berkenaan tidak menyedari
bahawa harapan tinggi yang akan diletakkan terhadap anak-anak akan menyebabkan
anak-anak mereka mengalami masalah sukar untuk tidur atau tidak dapat tidur
langsung dan seterusnya menghidap kemurungan. Zaman kanak-kanak yang sepatutnya
ceria telah dipenuhi oleh aktiviti yang berat sehingga menimbulkan masalah
gangguan dalam gerakan badan dan psikomotor. Mereka mula
menghadapi masalah berfikir sehingga sukar untuk menumpukan perhatian. Emosi mereka terganggu dan akhirnya mereka akan menghidap depresi. Selain itu, mereka juga turut menghadapi kekeliruan dalam membuat keputusan. Terdapat juga mereka yang terlibat dengan masalah ini menjadi terlalu pasif dan tidak memberikan sebarang tindak balas kerana berasa diri tidak bernilai serta bersalah akibat tingkah laku mereka sendiri. Kadangkala mereka yang sentiasa membayangkan kematian dan ingin membunuh diri juga dapat dianggap sebagai pesakit depresi. Selain itu, minat atau kesukaan terhadap sesuatu aktiviti juga semakin merosot.
Sesungguhnya kemurungan akan mempengaruhi sistem imun seseorang terhadap penyakit. Justeru, kebarangkalian orang yang menghidap kemurungan terkena penyakit jantung ialah dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding dengan orang yang normal. Menurut penyelidik psikologi, seseorang yang pernah menghidap penyakit depresi major mungkin mengalami kesukaran untuk kembali pulih sepenuhnya.

Dipetik dan diubah
suai daripada ‘Bahaya Tekanan yang
Melampau’ oleh Tam
Chai Lian, Dewan Masyarakat, Mac 2009)
Soalan 2 : Pemahaman
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata meningkat dengan drastik. [2 markah]

(ii) Nyatakan kesan penyakit kemurungan. [3
markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa bagi menghasilkan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran ? [4 markah]

Soalan 4 : Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu
rumusan tentang kepentingan berekreasi
dalam kalangan remaja dan kekangan
yang dihadapi bagi melaksanakannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Berekreasi sememangnya digalakkan bagi setiap orang. Kepentingan menjaga
kesihatan ialah tanggungjawab yang tidak boleh dipandang mudah dan kita perlu
melakukannya bagi memastikan kesihatan tubuh dan kecerdasan minda tidak
terganggu. Berekreasi merupakan terapi fizikal semula jadi untuk mengekalkan
kecergasan fizikal dan kecerdasan minda. Persekitaran hari ini yang serba moden
dan canggih menyaksikan kegiatan rekreasi bagi tujuan mengeluarkan peluh tidak
lagi tertumpu di taman permainan, sebaliknya boleh dilakukan di pusat kesihatan
yang menyediakan pelbagai peralatan senaman moden. Hampir di setiap kawasan perumahan,
ada disediakan taman untuk berekreasi.
Bagi golongan remaja, rekreasi yang dilakukan secara
teratur, sama ada dilakukan secara berseorangan ataupun berkumpulan, mampu
mengelakkan remaja daripada terjebak dalam aktiviti tidak sihat yang boleh
merosakkan masa hadapan mereka. Berekreasi, selain berfungsi menyihatkan badan
dan memberikan kesihatan yang baik, minda yang cerdas dan menjauhkan diri
daripada gejala sosial yang tidak sihat, juga mampu mendidik remaja untuk lebih
terbuka dari segi minda dan pergaulan. Kesempatan bertemu dengan rakan baharu
dapat membantu membentuk sahsiah diri remaja yang baik, seperti belajar untuk
bergaul, menghormati sesama rakan, dan yang paling penting, mengajar mereka
untuk tidak mementingkan diri sendiri.
Rekreasi yang dilakukan secara teratur mampu membentuk
golongan remaja menjadi lebih matang, berketerampilan, dan mempunyai keyakinan
dalam pergaulan. Pergaulan yang sihat membolehkan remaja berkongsi pengalaman
dan semua ini penting sebagai persediaan untuk menempuh alam dewasa yang lebih
mencabar. Program rekreasi secara berkumpulan mendedahkan remaja kepada aspek
kerohanian. Secara tidak langsung akan membantu meningkatkan motivasi diri dan
menilai diri serta menghargai usia remaja dengan sebaik-baiknya. Remaja yang
suka berekreasi bukan sahaja mempunyai minda yang sihat serta terbuka dalam
pergaulan, tetapi juga lebih terarah dalam soal kehidupan berbanding dengan
mereka yang tidak melakukan aktiviti rekreasi.
Berekreasi membantu perkembangan psikologi remaja.
Sebagai remaja yang menuju alam kedewasaan dan perlu membuat pilihan untuk
menentukan masa hadapan, biasanya mereka telah ada arah tuju atau pilihan.
Berekreasi memudahkan remaja mencari hala tuju dalam kehidupan mereka tanpa
terpengaruh oleh persekitaran yang tidak sihat. Mereka akan mudah membuat keputusan
kerana memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas. Remaja yang membuat
pilihan bijak akan mengecap kejayaan dan mereka yang tersilap langkah akan
berdepan dengan kehancuran dan dihimpit masalah. Oleh itu, bagi menggalakkan
remaja aktif berekreasi, kerajaan telah membina banyak pusat sukan tertutup
bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cerdas.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana `Ayuh
Berekreasi’,Dewan Siswa, Januari 2010)
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i)
Berikan maksud rangkai
kata menuju alam kedewasaan . [2
markah]
ii)
Apakah usaha-usaha yang
telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk menggalakkan rakyat
berekreasi? [
3 markah]
iii)
Pada pendapat anda,
apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk
menggalakkan para pelajar berekreasi.
Berikan tiga cadangan. [4
markah]
Soalan 5 : Rumusan
[ 30
markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat
rumusan tentang kebaikan industri
pelancongan kepada masyarakat desa dan peranan
kerajaan untuk memajukan industri ini. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Pelancongan ialah satu industri yang menguntungkan terutama bagi negara-negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, warisan silam, adat resam serta keindahan alam. Di Malaysia, kesemua ciri ini ada dalam kehidupan masyarakat desa. Hal ini demikian kerana majoritinya masih mengamalkan dan mempertahankan adat resam nenek moyang yang terdahulu. Di samping itu, cara hidup mereka juga masih lagi dipengaruhi oleh nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu, bekerjasama selain mengamalkan cara hidup yang sederhana tanpa mementingkan diri sendiri.
Para pelancong yang ingin mengetahui suasana perkampungan yang sebenar dan ingin mengetahui cara memproses getah dan padi tidak ketinggalan menyertai program pelancongan industri desa (homestay). Program ini secara tidak langsung akan meningkatkan taraf sosial ekonomi penduduk desa. Selain daripada menghayati kehidupan di desa , para pelancong sudah tentu ingin menikmati keindahan alam semula jadi negara yang sememangnya kaya dengan flora dan fauna. Oleh yang demikian, pekerjaan sebagai pemandu pelancong dan artis-artis kesenian asli akan wujud dengan pesatnya. Manakala kegiatan pertukangan kayu, ukiran, tenunan, lakaran dan lain-lain akan berkembang menjadi satu perusahaan yang memberi pulangan yang lumayan kepada pengusaha desa.
Dari segi manfaat bukan berbentuk kewangan, industri pelancongan dapat membantu masyarakat desa membina keupayaan dan meningkatkan kemahiran. Penglibatan dalam pelbagai bidang seperti pemandu pelancong, pengusaha industri desa dan penyediaan perkhidmatan pelancongan akan dapat meningkatkan kemahiran mengurus projek, memantapkan bakat kepimpinan dan pengurusan kewangan yang lebih cekap.
Selain itu, pelancongan juga akan dapat membantu masyarakat desa mengekalkan warisan budaya dan adat resam yang mereka warisi sejak dahulu lagi. Jika segala warisan ini telah lenyap atau hanya boleh dirujuk melalui pembacaan buku-buku sejarah, tidak ada makna lagi para pelancong mengunjungi sesebuah komuniti kerajaan kerana yang mereka ingin lihat telah tidak ada lagi.
Kunjungan kerap para pelancong juga dapat meningkatkan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan di desa. Kerajaan tentu tidak mahu imej negara tercalar disebabkan keadaan yang disediakan di tempat tumpuan pelancong tidak berada pada tahap memuaskan. Hal ini secara tidak langsung memberi kebaikan dari segi peningkatan keselesaan kehidupan masyarakat luar bandar.
Seterusnya, pelancong juga dapat membantu menjamin alam sekitar serta flora dan fauna di desa terpelihara. Siapa mahu ke Kuala Selangor lagi jika kunang-kunang di sana pupus dek kerakusan manusia? Selain itu, penduduk desa akan dapat meningkatkan taraf hidup mereka dengan menunjukkan industri herba yang sumber semula jadinya diperoleh dari hutan yang berhampiran. Dari segi kesihatan pula, penduduk desa akan lebih terjamin kesihatan mereka kerana kurang terdedah kepada pencemaran alam sekitar akibat daripada diratah pembangunan. Sememangnya industri pelancongan dapat menyumbang kepada peningkatan sosial ekonomi penduduk desa , namun penduduk perlu memastikan apa yang ingin mereka persembahkan kepada pelancong adalah suatu yang asli, bermoral dan selaras dengan kehendak mereka.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana ‘”Pelancongan Desa”, Misi 2007)

Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Berdasarkan
petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
i.
Berikan maksud rangkai kata pupus dek kerakusan manusia? [2 markah]
ii.
Bagaimanakah industri pelancongan dapat
menambahkan pendapatan penduduk desa ? [3
markah]
iii.
Pada pendapat anda, apakah factor-faktor yang
boleh menjejaskan industri pelancongan di sesebuah negara. [4markah]
Soalan 6 : Rumusan
[ 30
markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat
rumusan tentang tanggungjawab rakyat
untuk mengisi kemerdekaan dan kesan
jika masyarakat tidak menghargai kemerdekaan negara. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Dalam merintis kegemilangan kejayaan negara, kita tidak seharusnya melupakan terus sejarah awal kemerdekaan tanah air. Hanya dengan mengimbas kembali sejarah, generasi muda akan mengerti betapa sukar dan payahnya pejuang terdahulu mengharungi ranjau dan duri demi mengecap dan memelihara kemerdekaan. Peringatan kemerdekaan negara pada setiap tahun sewajarnya memberikan makna dan bukannya sekadar mengenang bahawa 50 tahun lalu Malaysia telah merdeka. Sebagai anak bangsa, kita harus sedar bahawa tempoh 50 tahun merdeka bukanlah masa yang singkat. Oleh sebab itu, salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan ialah rakyat yang berjiwa merdeka. Antara ciri jiwa merdeka adalah dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baharu yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab untuk menyerlahkan semangat patriotik dengan memelihara dan meneruskan kegemilangan usaha-usaha yang telah dijayakan oleh generasi terdahulu. Negara Malaysia ini kecil bukan saja dari segi saiz tetapi juga dari segi sumber yang ada termasuklah sumber manusia. Oleh itu, untuk berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain, negara perlu membangun dan memanfaatkan sumber manusia yang sedia ada di negara ini sebaik mungkin.
Kesenangan hidup yang dinikmati oleh generasi muda dalam sesebuah negara yang sudah merdeka tanpa melalui jerih penderitaan pada zaman penjajahan melekakan mereka sehingga kurang menghayati erti sebenar kemerdekaan yang dikecapi. Oleh itu, erti kemerdekaan, rasa cinta akan negara dan pembentukan jati diri bangsa perlu ditanamkan dalam diri semua orang sepanjang masa di semua peringkat. Generasi muda juga perlu diberi kesedaran bahawa walaupun negara berada dalam keadaan yang aman dan selamat, namun masih sentiasa terdedah kepada ancaman musuh dari luar negara. Oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang lebih besar pada masa hadapan.
Sesungguhnya dengan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan 2007 ini diharapkan dapat menyuntik semangat baharu kepada seluruh rakyat negara ini. Semua rakyat harus insaf dan mengambil iktibar dengan penderitaan yang dialami dan dilalui oleh ibu bapa dan datuk nenek pada zaman penjajahan asing. Kebebasan dan kemerdekaan yang dinikmati selama ini hendaklah dipelihara dengan bersungguh-sungguh. Semangat cinta akan negara yang kuat tertanam dalam hati pejuang kemerdekaan wajar dicontohi oleh para remaja. Mudahan-mudahan menjelang tahun 2057 kelak, iaitu ketika sambutan Hari Kemerdekaan ke-100, pewaris negara akan terus menikmati sebuah negara yang berdaulat, maju dan terus berjaya.

(Dipetik
dan diubah suai daripada rencana “Mensyukuri
Dan
Mengisi Kemerdekaan, Dewan Siswa, Ogos 2007)
i.
Apakah maksud rangkai kata tanpa melalui
jerih penderitaan pada zaman penjajahan melekakan mereka ? [2
markah]
ii.
Nyatakan kebaikan masyarakat yang berjiwa
merdeka? [3
markah]
iii.
Berdasarkan pengalaman anda, nyatakan contoh
kejayaan rakyat Malaysia berpaksikan semangat “Malaysia Boleh”. [4
markah]
Soalan 7: Rumusan
[ 30
markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat
rumusan tentang usaha-usaha
memperkasakan bidang kokurikulum dan kekangan-kekangannya.
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Bidang kurikulum dan kokurikulum saling berkait rapat sekaligus menjadi teras bagi meningkatkan keupayaan dan kebolehan murid mencapai kecemerlangan yang seimbang dalam kedua-dua bidang tersebut. Selain bidang kurikulum, bidang kokurikulum juga sangat penting sebagai wadah yang paling berkesan merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutamanya dalam konteks melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Memandangkan bidang kokurikulum mempunyai pelbagai faedah kepada individu, masyarakat dan Negara, perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkasakan dan memantapkan pelaksanaan kokurikulum sekolah dalam sistem pendidikan di Malaysia wajar mendapat sokongan daripada semua pihak. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperuntukkan RM 14.1 juta bagi melaksanakan pelbagai program kokurikulum di lebih 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Mulai tahun 2007, peruntukan tambahan sebanyak RM 420,000 turut disediakan untuk melatih guru dalam bidang berkenaan melalui Program Latihan dalam Perkhidmatan. Selain itu, kerajaan juga telah meningkatkan prasarana dan peralatan sukan di Pusat Sukan Daerah dan Negeri serta memperluas dan meningkatkan aktiviti sukan di sekolah. Program Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) juga akan dipergiat lagi bagi menggalakkan aktiviti sukan dan kokurikulum antara sekolah bagi memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum.
Selain itu, Kabinet juga telah bersetuju untuk melaksanakan kembali pendekatan berasaskan prinsip meritokrasi iaitu 90 peratus akademik dan 10 peratus kokurikulum sebagai prasyarat untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Penilaian aktiviti kokurikulum ini berdasarkan kepada empat komponen iaitu permainan dan sukan, kelab dan persatuan, pasukan unit beruniform dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Kegiatan kokurikulum juga perlu diperluas dari segi fungsinya bagi menyuntik semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana minat untuk mendalami bidang keusahawanan amat berkurang kerana hampir tiada usaha untuk memupuk elemen tersebut dalam kegiatan kokurikulum. Oleh itu, seruan Perdana Menteri supaya kegiatan koperasi dijadikan sebagai satu daripada aktiviti kokurikulum di sekolah memang tepat pada masanya. Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius saranan ini supaya lebih banyak pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang turut menuntut semangat tolong–menolong ini. Hal ini juga sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan generasi yang menguasai kemahiran berniaga bagi memastikan ekonomi negara dipacu oleh rakyat negara ini sendiri serta mengurangkan kebergantungan terhadap kemahiran orang asing.
Secara tuntasnya, kepentingan kegiatan kokurikulum memang tidak dapat dinafikan lagi. Oleh itu, Kabinet telah meluluskan peruntukan tambahan bagi menampung peningkatan kos pembiayaan aktiviti kokurikulum dan telah diagihkan secara berperingkat-peringkat kepada sekolah. Peruntukan berkenaan membabitkan pecahan RM 10 bagi setiap murid sekolah rendah manakala RM 12 bagi murid sekolah menengah. Kita hendaklah menyambut baik hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sistem pendidikan negara tidak lagi berorientasikan peperiksaan semata-mata sebaliknya turut memberikan penekanan kepada aktiviti kokurikulum.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana“Memperkasakan

Soalan (2a)- Petikan Umum
Berdasarkan
petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
i.
Apakah maksud rangkai kata wadah yang paling
berkesan merealisasikan?[2 markah]
ii.
Mengapakah kerajaan menggalakkan murid-murid
sekolah melibatkan diri dengan koperasi? [3 markah]
iii.
Pada pendapat anda, bagaimanakah kegiatan
kokurikulum dapat melahirkan murid cergas, berdisiplin dan bertanggungjawab ?
[4 markah]
Soalan 8: Rumusan
[ 30
markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat
rumusan tentang kesan-kesan pemanasan
global dan peranan Malaysia untuk
mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Terik panas matahari di negara ini tidak seperti dahulu. Panasnya bukan setakat membahang tetapi lebih daripada itu. Akibatnya, kerap kali pada musim kemarau, kerajaan terpaksa melakukan catuan air. Apabila negara ini mengalami hujan pila, seringkali hujan turun dengan lebatnya berpanjangan dan disusuli dengan ribut petir hingga mengakibatkan banjir dan bencana alam lain. Semua ini adalah natijah yang diterima jika sindrom tidak mengambil berat terhadap alam sekitar berterusan. Bumi, walaupun ‘membenarkan’ manusia melakukan apa-apa sahaja terhadap ‘dirinya’ tidak pernah lupa meninggalkan kesan yang tidak dijangka seperti pemanasana global.
Kesan pemanasan global telah menyebabkan berlakunya perubahan cuaca dunia di luar jangka sehingga memeningkan kepala pakar-pakar kaji cuaca. Misalnya, benua Eropah biasanya dikaitkan dengan cuaca sejuk manakala benua Afrika dikaitkan dengan cuaca panas, tetapi senario tersebut berubah sekarang. Benua Afrika dilaporkan menerima kehadiran salji pada tahun lalu dan pada masa yang sama di Paris dan Perancis, 29 orang maut akibat panas melampau. Pemanasan global bukan sahaja merosakkan harta benda tetapi juga nyawa manusia selain mengundang pelbagai penyakit berbahaya. Contohnya, Afrika yang diletakkan dalam keadaan paling berbahaya menyaksikan kira-kira 800 juta rakyatnya diancam oleh keadaan cuaca yang tidak menentu, banjir, musim sejuk serta kebuluran.
Laporan PBB juga menganggarkan sebanyak 25-40 peratus spesies flora dan fauna di dunia kehilangan habitat akibat pemanasan global. Bukan itu sahaja, pemanasan melampau telah mengakibatkan tumbesaran tanaman terganggu dan sekali lagi manusia terpaksa menanggung kerugian. Penyakit yang sering menyerang manusia disebabkan kesan pemanasan global ialah katarak mata dan kanser kulit. Malah perubahan cuaca yang ekstrim kesan daripada pemanasan global menyebabkan pertambahan kes penyakit yang berkaitan dengan vektor seperti malaria dan denggi. Hal ini demikian kerana kitaran hidup nyamuk dipengaruhi oleh faktor tersebut.
Bagi Pengarah Pusat Perubahan Cuaca Universiti Malaya, Profesor Khairul Mani Osman Salleh, pemanasan global menyebabkan berlaku perubahan pada tabiat alam. Kemusnahan hutan akibat pembangunan melampau menyebabkan flora yang menjadi sumber oksigen dan perangkap karbon dioksida gagal melaksanakan peranannya. Gas yang dikeluarkan menerusi aktiviti ini akhirnya memudaratkan manusia sendiri. Kegiatan pembangunan tidak terkawal untuk tujuan komersial mempercepatkan proses ini sehingga mengundang kejadian seperti tanah runtuh dan banjir lumpur.
Hakikatnya alam tidak mengenal sempadan. Begitu juga dengan bencana alam dan malapetaka. Fenomena pemanasan global ini menuntut manusia mengubah cara hidup. Manusia tidak seharusnya leka dengan keselesaan cara hidup sekarang. Sumbangan yang dilakukan oleh manusia mampu melambatkan usia kemusnahan bumi.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana “Pemanasan Global ,

Berakhirnya
Bumi? “, Dewan Masyarakat, Julai 2007)
Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Berdasarkan
petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Apakah maksud rangkai kata mampu melambatkan usia kemusnahan bumi? [2markah]
(ii) Nyatakan kesan pembangunan yang melampau kepada alam. [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah berlakunya pemanasan global di Malaysia ? [4 amarkah]
Soalan 9: Rumusan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang saranan-saranan untuk memajukan ekopelancongan dan kekangan-kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Ekopelancongan merupakan satu cabang aktiviti pelancongan yang semakin popular dan seringkali dikaitkan dengan keindahan alam semula jadi. Walaupun alam sekitar ialah pemacu utama ekopelancongan, namun aspek-aspek budaya dan penyertaan penduduk setempat turut menjadi fokus utama bidang pelancongan. Secara idealnya, ekopelancongan seharusnya mempunyai ciri-ciri pemulihan kepelbagaian biologi dan budaya melalui kawalan ekosistem serta menggalakkan penggunaan biodiversiti yang mampan. Selain itu, ekopelancongan juga mestilah menekankan kepada ciri-ciri meminimumkan kesan-kesan alam sekitar akibat aktiviti pelancongan. Hal ini termasuklah mengurangkan pembaziran dan penghasilan sisa akibat gaya hidup dan pengurusan yang mewah dalam bidang ini.
Dari segi sejarahnya, konsep ekopelancongan ini bermula pada lewat tahun 80-an dan semakin meningkat popularitinya pada tahun 2002 apabila Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan tahun tersebut sebagai Tahun Ekopelancongan Antarabangsa. Bagi Malaysia, konsep ekopelacongan ini masih dianggap baru. Walau bagaimanapun konsep ini dianggap sesuai digunakan di negara ini kerana Malaysia kaya dengan keindahan alam semula jadi.
Promosi ekopelancongan untuk menarik pelancong dan seterusnya meningkatkan pendapatan negara memang wajar dilaksanakan oleh pelbagai pihak. Dalam masa yang sama, kerajaan Malaysia sendiri telah memperkenalkan Program Industri Desa yang secara khususnya untuk meningkatkan penyertaan penduduk luar bandar dalam kegiatan ekopelancongan. Usaha ini telah memberikan peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan sampingan penduduk luar bandar.
Sensitiviti masyarakat terhadap kesan pelancongan semula jadi sangat penting kerana sesetengah tempat pelancongan itu sangat sensitif kepada aktiviti manusia. Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan untuk memelihara kawasan tersebut daripada sebarang kesan aktiviti pelancongan, namun kadangkala usaha ini gagal kerana kesan tersebut terlalu ‘rapuh’ dan mudah terjejas dengan aktiviti manusia.
Dalam masa yang sama juga, kebanyakan pelancong yang datang sangat memberikan perhatian kepada usaha kerajaan untuk menjaga alam sekitar. Hal ini demikian kerana mereka datang untuk mempelajari atau mengetahui budaya dan keindahan alam semula jadi di sesebuah tempat. Oleh itu, mereka amat menghargai jika pemilik hotel, pengangkutan dan sebagainya memberikan perhatian kepada penjagaan alam sekitar. Jika berpuas hati, hal ini pasti menjadi ingatan dan akan diceritakan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan.
Tuntasnya, sebagai sebuah negara yang kaya dengan alam semula jadi, ekopelancongan yang cuba dicapai boleh berjaya jika semua pihak berusaha mencapainya. Jika tidak, usaha ini akan menjadi sia-sia dan akhirnya akan menjadi mangsa kepada aktiviti atau industri pelancongan itu sendiri.
(Dipetik
dan diubahsuai daripada rencana “Ekopelancongan dan
Masa
Depannya “, Dewan Siswa, Julai 2007)
Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Berdasarkan
petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Apakah maksud rangkai
kata sensitiviti masyarakat? [2
markah]
(ii) Nyatakan kebaikan ekopelancongan kepada masyarakat dan negara. [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia? [4 markah]

Soalan 10: Rumusan
[ 30
markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti,
kemudian buat satu rumusan berkenaan langkah-langkah
menangani masalah emosi pelajar dan kebaikan
mengatasinya. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebih 120 perkataan.
Tragedi seorang pelajar mati akibat
terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah memang menyayat hati. Begitu juga
dengan cubaan pelajar perempuan tingkatan tiga yang diserang histeria mengancam
untuk terjun dari tingkat dua bangunan sekolah mujur dapat diselamatkan. Dua
kejadian ini walaupun boleh dikategorikan sebagai kes terpencil namun tidak
boleh diambil mudah kerana berkait rapat dengan masalah emosi pelajar. Sakit
yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar melibatkan mental.
Oleh sebab itu, satu makenasisme
mengenal pasti masalah depresi mental dari peringkat awal perlu diwujudkan oleh
pihak sekolah agar dapat ditangani seawal mungkin sebelum menjadi serius.
Sebagai permulaan, kaunselor di sekolah perlu memainkan peranannya supaya
masalah berkaitan emosi pelajar ini tidak melarat sehingga menyebabkan kejadian
yang tidak diingini berlaku. Kaunselor tidak lagi boleh hanya sekadar
mengadakan program berkaitan universiti terbaik, kerjaya pilihan atau teknik
menjawab soalan tetapi perlu meluaskan skop bidang mereka. Seharusnya kaunselor
perlu menganjurkan program yang boleh mewujudkan kesedarah ke arah mengenal
pasti punca, simptom dan kaedah menangani masalah berkaitan emosi.
Manakala pentadbir sekolah dan guru
kelas pula perlulah sentiasa peka dengan sebarang perubahan sikap dan tingkah
laku pelajar. Mereka perlu mengambil tindakan segera dan jangan mengambil mudah
sebarang ugutan atau ancaman khususnya yang dinyatakan di laman sosial seperti
Facebook dan Twitter. Dalam pada itu, langkah kementerian kesihatan bekerjasama
dengan Kementerian Pelajaran memperkenalkan modul kesihatan mental di sekolah
menengah mulai Januari 2011 tepat pada masanya. Modul tersebut diperkenalkan di
empat buah sekolah perintis selama enam bulan sebelum dikembangkan ke seluruh
negara menjelang akhir tahun ini.
Pada masa yang sama, pentadbir sekolah
dan guru juga perlu memahami Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan
insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Justeru, berikan
ruang dan peluang kepada pelajar untuk beriadah bagi mengurangkan tekanan
dengan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum khususnya untuk pelajar yang
bukan pada tahun peperiksaan. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
boleh menyihatkan badan, menambahkan kemahiran dan membentuk semangat
berpasukan. Malah aktiviti kokurikulum juga memberi kelebihan kepada pelajar
untuk memasuki universiti awam.
Pelbagai pendekatan juga perlu
difikirkan oleh pihak sekolah. Kerjasama rumah dan sekolah amat membantu dalam
menangani permasalahan emosi pelajar. Paling mudah, ibu bapa akan segera
memberitahu pihak sekolah sekiranya anak-anak mereka menghadapi masalah selain
menyerahkan bulat-bulat kepada sekolah menangani masalah tersebut. Pihak
Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga boleh mewar-warkan pelbagai kaedah
penyelesaian terbaik kepada masyarakat agar masalah emosi pelajar ini dapat
diatasi.
Segalanya terpulang kepada kebijaksanaan
pentadbir sekolah dan guru untuk menjadualkan aktiviti pelajar supaya dapat
melahirkan modal insan yang holistik, bijak, sihat dan berpersonaliti unggul.
(Diubahsuaikan daripada rencana Menangani Masalah Emosi
Pelajar oleh Azmy Mohamed, Utusan Malaysia, 14 Feb 2011
Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Berdasarkan
petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
i.
Berikan maksud rangkai kata
berpersonaliti unggul. [2
markah]
ii.
Berikan tiga kebaikan sekiranya
pelajar-pelajar menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah. [3
markah]
iii.
Sekiranyanya anda menghadapi
masalah emosi, bagaimanakah penyelesaian terbaik untuk menghadapi masalah
tersebut? Berikan empat cadangan. [4
markah]
maksud rangkai kata wadah paling berkesan apa ya
ReplyDelete