Dirgahayu Bahasaku
Sajak
Dirgahayu Bahasaku (Ahmad Sarju)
Tempatmu
di singgahsana
hati
nurani bangsaku
warga
yang berbudi
setia dan
amanah.
Bahasa
itu maruah bangsa
yang
mesti dipelihara martabatnya
agar
tetap kukuh dan ampuh
melayari
lautan bijaksana
salam
ikatan mesra dan teguh.
Cekal dan
waja semanagt pejuangku
hak
bangsaku memilikimu
di bumi
bertuah ini
merentas
dunia tak bertepi.
Sejarah
bangsa mencatatkan kegemilangan
ke barat
ke timur menjalin persaudaraan
gagah
pelautku membelah lautan
ke utara
dank e selatan bahsaku mencengkam
dari
pulau ke pulau menggilap mutiara silam.
Dirgahayu
bahasaku
di arena
antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk
kalbu lagu bahasamu
bahasamu
bahasa minda
mudah
akrab dan bertatasusila
daripada
bangsa yang bernama Melayu
menempa
kejayaan di alaf baru.
( September 2000)
Manuskrip Luka Bangsa, 2006
Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
Maksud
Rangkap 1
Rangkap 1
Penyajak
mengatakan bahawa Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa yang telah dimartabatkan
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa penghantar di sekolah-sekolah. Maka seharusnyalah bahasa Melayu dijunjung
tinggi agar ia sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi negara.
Rangkap 2
Bahasa
Melayu menjadi simbol dan maruah bangsa dan negara dan seluruh warga Malaysia
harus memelihara kedudukannya. Bahasa
ini juga harus sentiasa dimajukan dan dimajukan agar sesuai dengan perkembangan
zaman. Kedudukannya harus diperteguhkan
terutama dalam menggarap perkembangan ilmu pada masa kini.
Rangkap 3
Para
cendiakawan dan penggiat bahasa terus berjuang mendaulatkan bahasa Melayu di
peringkat antarabangsa. Penutur bahasa Melayu semakin berkembang penggunaannya
sehingga merentasi negara China, Russia dan benua Eropah.
Rangkap 4
Dari sudut
sejarah, pada zaman kegemilangan kerajaan Melayu, bahasa Melayu telah digunakan
dalam perhubungan diplomatik. MAlah
pedagang-pedagang rempah dari nusantara, India, Arab dan China terpaksa
menguasai bahasa ini sebagai bahasa perantaraan.
Rangkap 5
Penyajak
mengharapkan agar bahasa ini terus berkembang dan diiktiraf sebagai salah satu
bahasa dunia. Pengiktirafan ini akan
dapat menunjukkan kepada dunia bahawa melalui bahasa ini terdapat suatu bangsa
yang dinamakan Melayu.
TEMA
Semangat
cinta akan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.
PERSOALAN
i. Bahasa
Melayu berstatus tinggi dan telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan.
ii. Melalui
bahasa menggambarkan maruah dan jati diri bangsa
iii. Kecekalan
hati dan semangat para pejuang bahasa telah memartabatkan bahasa ini di negara
sendiri
iv. Sejarah
telah membuktikan kegemilangan bahasa kebangsaan di persada dunia
v. Kehebatan
bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi
vi. Keupayaan
bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan bahasa global
vii. Bahasa
Melayu yang dipenuhi ciri tatasusila dan budi bahasa yang tinggi.
Nilai
Murni
i. Bersopan santun.
Penggunaan bahasa yang betul membolehkan nilai budi bahasa dapat dilahirkan dalam komunikasi.
ii. Kesetiaan.
Kesetiaan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia telah membolehkan bahasa ini berkembang maju.
i. Bersopan santun.
Penggunaan bahasa yang betul membolehkan nilai budi bahasa dapat dilahirkan dalam komunikasi.
ii. Kesetiaan.
Kesetiaan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia telah membolehkan bahasa ini berkembang maju.
iii. Amanah.
Warisan bangsa perlu dipertahankan. Bangsa Melayu bertanggungjawab untuk memelihara dan mempertahankan martabat bahasa Melayu.
iv. Kasih sayang.
Sesuatu bangsa bertanggungjawab mencintai dan mempertahankan bahasanya sendiri.
v. Bersatu padu
Penggunaan bahasa yang sama dapat memupuk nilai bersatu padu.
vi. Hormat-menghormati
Masyarakat antarabangsa menghormati status bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
vii. Keberanian
Bangsa Melayu terkenal sebagai pelayar yang hebat ke seluruh pelusuk dunia.
Pengajaran
i. Setiap bangsa harus berasa sayang terhadap bahasa dan bangsanya sendiri.
ii. Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahankan dan memartabatkan bahasa
Melayu .i. Setiap bangsa harus berasa sayang terhadap bahasa dan bangsanya sendiri.
iii. Kita perlu berusaha gigih untuk mendaulatkan bahasa Melayu.
iv. Kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu supaya berkembang dan dihormati serta diiktiraf oleh masyarakat dunia
No comments:
Post a Comment